KUNINGAN (OKE)- Hari Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari. Pada hari ini jugalah terkumpul segala fadhilat dan kelebihan dalam beramal.
Maka sepatutnya kaum muslimin menjadikannya sebagai satu
peluang untuk direbut bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan mereka
seperti 5 amalan yang dianjurkan oleh syarak;
1. Membersihkan Diri
Mandi, bersugi, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian
yang terbaik adalah sangat digalakkan bahkan mendapat pahala sebelum datang ke
masjid.
2. Membaca Surah Al Kahfi
Terdapat pelbagai kelebihan membaca Surah Al Kahfi antaranya
menghindarkan diri daripada fitnah dajjal dan juga akan memperoleh pengampunan
dosa diantara dua Jumaat. Rasulullah SAW bersabda;
Antara fadilat membaca Surah Al-Kahfi ialah dapat
menghindarkan diri dari fitnah Dajjal
3. Berselawat Kepada Nabi Muhammad SAW
Memperbanyakkan berselawat kepada Nabi SAW adalah digalakkan
pada setiap masa. Namun, pada hari Jumaat lebih diutamakan kerana lebih banyak
kelebihan dan berganda pahalanya.
Selawat ini adalah sebagai simbol bagi menzahirkan kecintaan
dan ingatan kita kepada Nabi SAW. Orang yang kita cintai biasanya akan selalu
terbayang di minda dan sering terucap di bibir.
Maka sepatutnya kecintaan sebegitu adalah layak untuk
Rasulullah SAW atau mungkinkah kita langsung tidak ingat kepada Baginda.
Berkata ulama;
“Kalau dikumpulkan kasih seluruh umat kepada Rasulullah,
masih belum dapat menandingi kasih Rasullullah kepada umatnya”
Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
4. Bersedekah
Salah satu amalan yang begitu digalakkan pada hari Jumaat
adalah memberi sedekah.
Jika kebiasaan hari kita tidak sempat untuk bersedekah, maka
eloklah kita jadikan tabung masjid pada hari jumaat sebagai tabung pahala kita.
Belum tentu harta yang kita ada sekarang adalah milik kita tetapi harta yang
kita infaq pastinya akan menjadi milik kita.
Sedekah tidak akan membuat kita miskin, malah kayakan kita.
Allah SWT juga akan melipat gandakan ganjaran bagi orang
yang bersedekah sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
5. Solat Jumaat
Menunaikan solat Jumaat bagi lelaki yang cukup syaratnya
adalah wajib kecuali jika terdapat keuzuran yang dibenarkan syarak.
Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam
membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk
mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah SAW bersabda;
Solat Jumaat hanya di wajibkan bagi lelaki saja.
Mudah-mudahan Allah menerima ibadat kita dengan hendak-Nya
walaupun hakikatnya masih banyaknya kurang dan silap kita. Wallahu’alam. Semoga
bermanfaat. (cc: denaihati.com/dhn)
Posting Komentar untuk "Jangan Tinggalkan Amalan Ini Di Hari Jumaat"